About

Minggu, 18 Maret 2012

Kenali Watakmu Dari Gambar Baju Yang Kamu Pakai

Tahukah kamu bahwa lukisan pada baju kaos yang kamu pakai sehari-hari mengandung berbagai rahasia di sebaliknya? Bagi kamu mungkin biasa-biasa saja. Tetapi bagi yang melihatnya, ia secara tidak langsung menterjemahkan imej atau peribadi sebenar kamu. Namun ini semua tidaklah seratus persen benar.

Gambar Tempat-tempat Yang Menarik Dan Unik
Kamu gemar memakai baju T yang mengambarkan tempat-tempat yang menarik seperti menara KLCC, jambatan Pulau Pinang, Kuala Terengganu. Ini menunjukkan kamu sukakan kegiatan pengembaraan yang adventure. Di
samping itu kamu juga diterjemahkan mempunyai peribadi yang berani dan
tegas. Bersesuaian dengan kegemaran yang suka mengembara, kamu memang tidak suka mendiami sesuatu tempat dalam masa yang lama. Kamu juga seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam.

Gambar Iklan
Ini menggambarkan kamu seorang yang mudah bergaul dan ramah. Dalam
kehidupan seharian, kamu adalah orang yang cerewet dan behati-hati terutama dalam soal keuangan dan perbelanjaan. Dalam soal fashion, kamu merupakan seorang yang simple dan tidak suka warna-warna kilat yang gemerlapan. Dan jangan kecewa jika ada yang menterjemahkan kamu sebagai seorang yang ketinggalan zaman.

Gambar Personaliti Yang Disanjungi Atau Kumpulan Rock
Sudah menjadi hal biasa bagi remaja memakai baju Kaos dengan gambar personality atau artis popular sama ada dari dalam atau luar negara seperti Limp Bizkit,Nsync, XPDC dan sebagainya. Kamu digambarkan sebagai seorang yang suka bergaul bersama dengan golongan-golongan yang tertentu saja. Kamu juga tidak pernah peduli apa orang lain fikir mengenai kamu. Kalau suka memakai baju Kaos dengan gambar heavymetal, kamu merupakan seorang yang nakal dan degil. Kamu megah dengan sikap demikian. Kalau kamu suka gambar kumpulan baru yang popular, ia menggambarkan kamu suka sesuatu yang baru. Lain pula kalau kamu suka gambar personaliti yang terkenal menunjukkan kamu seorang yang sombong dan adakalanya bangga tidak menentu.

Gambar Logo Dan Lambang Perniagaan
Seseorang yang memakai baju yang mengandung logo atau lambang perniagaan, kamu dianggap seorang yang angkuh atau suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain dalam pelbagai hal. Kamu juga sangat mementingkan status dan sangat pemilih terutama dalam memilih teman untuk bergaul. Namun tertanam juga sifat positif yaitu kamu juga sebenarnya sangat berbudi bahasa dan suka tolong menolong, tetapi dalam lingkungan kamu saja.

Gambar Sekolah, Instansi Atau Universitas
Jika kamu seorang pelajar di sekolah, instansi atau universitas tersebut, menunjukkan kamu benar-benar menghargai tempat kamu itu.

Lukisan Tangan
Kamu digambarkan sebagai masyarakat yang sangat mementingkan rumah dan keluarga. Kamu juga seorang yang sangat artistik, peramah dan suka mendapat perhatian. Malah kamu mempunyai citarasa yang tinggi dan tidak suka rahasia.

Gambar Dengan Warna Neon
Individu yang gemar memakai baju seperti ini digambarkan seorang yang banyak bicara, periang, popular dan sentiasa mahu menjadi tumpuan. Rakan-rakan sekeliling kamu juga begitu memerlukan kamu. Tapi berhati-hati. Jangan sampai ada yang coba mengambil kesempatan dari kamu

Tertulis Dengan Kata-kata Jenaka Atau Kartun
Kamu digambarkan sebagai seorang yang murah hati dan penolong. Kamu tidak pandai menyimpan rahasia dan sering bersikap terbuka. Kamu juga sangat menggemari dunia hiburan, sentiasa berusaha memberi kesenangan pada orang lain dan suka mengkaji kehidupan yang penuh kegembiraan. Dari segi pergaulan, kamu senang diajak bercanda.

Baju Yang Ketat
Jika kamu suka memakai baju jenis ini, kamu digambarkan sebagai seorang yang selalu ingin dipuji oleh orang lain, seorang yang out-going dan sukakan kehidupan yang happy go lucky. Kamu jarang menunjukkan imej kamu yang sebenarnya. Walaupun demikian, dalam urusan kerja kamu lebih suka untuk melakukan dengan sempurna.

Baju Longgar
Kamu seorang yang emosional tetapi tidak terpengaruh pada siapapun. Terkadang kamu hanya mementingkan kesejahteraan hidup kamu sendiri.

Baju tanpa gambar/Kosong
Jika kamu sukakan baju kosong tanpa gambar hiasan dan berwarna lembut, ia menunjukkan kamu suka sendiri dan punya banyak rahasia. Walaupun demikian, sikap kamu sangat terbuka dan sentiasa menerima teguran dari siapapun. Kamu bersikap agak ketinggalan dan lebih suka meatap di rumah.

0 komentar:

Posting Komentar

Silahkan berkomentar berdasarkan artikel diatas..!!!